TuneList - Make your site Live

12 March 2011

Duhai Sahabatku..

Sahabatku..
Dekatilah Allah melalui solatmu,
Ceritakan segalanya pada Allah dalam doamu,
Allah mendengar rintihan hatimu,
Ikhlaskan hati mendekati Allah,
bukan kerana mengharapkan pujian manusia mahupun ganjaran dunia,
Perindahkan hubunganmu dengan-Nya dalam Tahajjudmu dinihari..

Sahabatku..
Perhatikanlah kata-kata Allah melalui Firman-Nya (Al-Qur'an),
Perbanyakkanlah taubat dan zikirmu,
Tetapi bukan bukan bermakna meninggalkan urusan duniawi,
Keimanan yang kita hajatkan dalam diri adalah keimanan yang mampu melawan panggilan nafsu yang dibisiki syaitan..

Sahabatku..
Kenalilah Allah,
kau pasti akan menjumpai bahawa Allah cukup untuk menaungi hati kita yang lara,
Saktikan cintamu hanya kepada Allah,
Letakkanlah cinta Allah melebihi cintamu yang lain,
kerana hanya Allah yang menabur benih cinta kepada insan yang kamu cintai..

Sahabatku..
Jikalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu,
mintalah pada Allah agar ditetapkan hati,
Kerana hati kita adalah milik Allah,
yang memberi petunjuk..
Bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hatimu sahabatku,
Tetapi Hanya Allah yang berhak..

0 comments:

Post a Comment

Search

Powered by Blogger.