TuneList - Make your site Live

20 June 2010

EiduL MiLaaD...... (^_^)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...

Pada hari sabtu, 19 Jun..genaplah umur ana 16 tahun. Jika mengikut kalendar hijrah pula, ana dilahirkan pada 10 Muharram 1415 Hijrah (Ahad).
Ku bersyukur hanya padamu ya Allah, sehingga ke hari ini Kau masih lagi mengizinkan hambamu ini untuk bernafas lagi..Sungguh besar nikmat yang kau telah kurniakan padaku..

Buatmu,

"Ibunda...."
Sesungguhnya tiada kata yang dapat anakanda lafazkan. Tiada lakaran yang dapat dilakarkan dan tiada tulisan yang dapat dititipkan untuk melahirkan rasa penghargaan buatmu, melainkan rasa kesyukuran kepada Nya kerana dikurniakan ibunda sepertimu. Tidak dapat ku gambarkan betapa keperitan yang ibu rasakan ketika bertarung nyawa melahirkanku. Semoga rahmat Allah mengiringimu selalu.

"Ibu..bergenang air mataku..terbayang wajahmu yang redup sayu..kudusnya kasih yang kau hamparkan..bagaikan laut yang tak bertepian.. Biarpun kepahitan telah kau rasakan..tidak pun kau merasa jemu..mengasuh dan mendidik semua anakmu..dari kecil hingga dewasa.. Hidupmu kau korbankan..biarpun dirimu telah terkorban.. Tak dapat ku balasi..akan semua ini..semoga Allah memberkati kehidupanmu ibu.. Ibu..kau ampunilah dosaku..andainya pernak menghiris hatimu.. Restumu yang amat ku harapkan..kerana di situ letak syurgaku.. Tabahnya melayani kenakalan anakmu..mengajarku erti kesabaran.. Kau bagai pelita di kala ku kegelapan..menyuluh jalan kehidupan.. Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..."

"Ayahanda..."
Rasakan di hatimu secebis kasihku, yang kian merinduimu, biar kau tiada di mataku, asal kau bersama Penciptaku juga Penciptamu, yang menjanjikan pertemuanku denganmu di syurga milik Yang Satu.

"Ketika berjauhan..masih ku rasa hangat kasihmu ayah.. Betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku.. Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan..bagaikan tiada keresahan.. Walau hatimu sering terluka..tika diriku terlanjur kata..tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian.. Ketika ku dalam kedukaan..kau mendakap penuh pengertian.. Disaat diri ku kehampaan..kau setia mengajarku eri kekuatan.. Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya.. Bila ku kegagalan tak kau biarkan ku terus kecewa.. Dengan kata azimat..kau nyalakan semangat.. Restu dan doa kau iringkan.. Tak dapat ku bayangkan..hidupku ayah..tanpa kau disisi.. Semua kasih sayang yang kau curahkan..tersemat di hati.."

Buatmu,

"Ibunda...!!Ayahanda...!!"


"Kami anak-anakmu ingin memohon restu.. Wahai ibuku, wahai ayahku, ampunkan dosa-dosaku.. Wahai ibuku, wahai ayahku, redhakan akan diriku.. Wahai Tuhanku kasihi daku..kasihi ibu dan ayahku.. Wahai Tuhanku Rahmati daku..Rahmati Ibu dan ayahku.. Selamatkanlah mereka dari azab neraka dan bencana dunia.. Hubungkan mereka dengan talimu.. Amiin Ya Robbal 'Aalamiinn.. Wahai Tuhanku limpahkan Hidayahmu untuk ayah dan ibuku.. Wahai Tuhanku berkati daku..berkati ibu dan ayahku.. Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku dan mengasihiku waktu kecilku, tak terbalas budi jasanya.. Wahai ibuku, wahai ayahku didiklah anak-anakmu moga menjadi penyejuk di mata, penawar resah hatimu.. Ampunkan segala keterlanjuranku.. Halalkan makan minumku.. Doakan semoga aku selamat di dunia dan di akhirat.. Amiin Ya Robbal 'Aalamiinn... Ku hulurkan salam untuk Rasul Junjungan moga diSyafa'atkan.. Ya Allahu Ya Robbi, Ya fattahu Ya 'Alim, Ya Rahmanu Ya Rahim.."

"Ya Allah..

Ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku, berkatilah mereka, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari bahaya dan lindungilah mereka..
Amiinn...Ya Robbal 'aalamiinn..."

Alhamdulillah..sampai di sini sahaja coretanku untuk kali ini..semoga antum sekalian dapat mengambil manfaat daripadanya..
Tidak lupa juga kepada saudara-mara dan sahabat2 ana yang mengingati dan memberi ucapan sempena ulangtahun kelahiran ana..
Syukran Jazilan... (^_^)

...Muqaddimah...


Assalamu'alaikum...
Alhamdulilah, syukur ke hadrat iLLahi. Kerana dengan limpah kurnia dan inayahya, dapat lagi kita bernafas di alam ciptaan Illahi yang indah ini.
Pertama sekali, ana berasa sungguh gembira kerana dengan izinNya, akhirnya ana dapat juga menyiapkan blog pertama ana ini. Walaupun ana tidak begitu pandai dalam menyampaikan message dan b'kata2, tetapi ana harap dengan adanya blog ini, ana dapat mendidik diri ana serta berkongsi ilmu2 yang ada. InsyaAllah.. Syukran Jazilan..
Ilalliqaa'....

Search

Powered by Blogger.